Istilah plastik merangkumi Produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada penyejatan organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengadakan satu program yang dinamakan ' PLASTIC TIDE TURNER CHALLENGE BADGE' yang bertujuan untuk membuka mata masyarakat berkaitan masalah yang disebabkan oleh penggunaan plastik pakai buang yang berleluasa. Saya merupakan salah seorang peserta yang mengambil bahagian di dalam aktiviti yang bertaraf tinggi ini.
Sepanjang saya menyertai aktiviti ini, saya mendapati saya kurang menggunakan plastik pakai buang untuk kegunaan harian. ✋
Program ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A ( Peringkat Kemasukan), Bahagian B ( Peringkat Pemimpin) dan Bahagian C ( Peringkat Juara).
Pelajar perlu mendapatkan markah yang mecukupi untuk mara ke peringkat seterusnya
Dengan adanya program ini, saya dapat menambah pelbagai pengetahuan mengenai plastik pakai buang. Ini termasuklah bagaimana proses penghasilan plastik, risiko peningkatan plastik pakai buang kepada manusia, haiwan dan alam sekitar, cara mengatasi masalah ini dan sebagainya.
Akhir kata , masalah pencemaran plastik adalah sangat kritikal di dunia termasuklah negara kita. Bukan hanya segelintir namun semua manusia haruslah memainkan peranan terhadap penggunaan plastik agar dunia tidak ditenggelami oleh plastik pakai buang satu hari nanti.
Ulasan
Catat Ulasan