Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut Kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul, digunakan) selain yang asas atau yang utama – masalah kecil dan yang boleh diselesaikan – hasil-hasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama – kesan-kesan lain di samping kesan yang utama.
Cabaran menurut Kamus Dewan ialah hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan) – ajakan (untuk berlawan ) – sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi)
Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan internet. Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang.
Pembangunan menurut Kamus Dewan ialah perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan).
Akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya.
Masyarakat ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu.
Istilah dunia siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer( 1984), yang mana beliau gambarkan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini, isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding suatu galaksi lain.
Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat sejauh mana kesan dan cabaran yang dihadapi oleh kelompok masyarakat dalam menongkah arus kemodenan dunia komputer dan internet yang mana terdapat kesan positif dan juga negatif. Dalam kertas kerja ini, penulisan lebih melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan teknologi dan Information Communication Technology (ICT).
CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.
Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya :
a) Kesahihan maklumat.
Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah
kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
b) Pelayaran Web Negatif.
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan.
Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.
c) Penyebaran Fitnah dan Gossip
Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”
d) Permasalahan Remaja
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.
e) Aktiviti Perjudian
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”
KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)
Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia. Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.
a. Nilai Murni
Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.
b. Nilai Moral
Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang cemerlang.
c. Nilai Etika
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam hidup manusia. Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang “success” dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat “rebung”. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”. Manakala sifat atau standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Hal ini kerana, “the character of the Muslim community is not determined by the rituals alone”. Muslim mesti mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap mereka.
d. Nilai Kerohanian
Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya.
e. Nilai Budaya
Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusUk negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian.
f. Nilai Jujur
Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri.
Ulasan
Catat Ulasan